Kuiz Matematik Tahap 1 dan Tahap 2 (E-Learning)

15 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kuiz Matematik Tahap 1 dan Tahap 2 (E-Learning) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta. Para peserta telah diberi satu halaman kuiz Matematik di dalam Internet iaitu wordwall.com. Disini, peserta telah menjalani kuiz penyelesaian Matematik berlandaskan arahan yang tertera. Kuiz ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Pada akhir kelas ini, para peserta yang Berjaya menyiapkan kuiz Matematik telah diberikan kupon bermain PC selama 30 minit secara percuma bagi menyuntik semangat mereka untuk menyertai aktiviti lain pada masa yang akan datang.

Diharapkan dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada anak - anak komuniti dalam menguasai kemahiran Matematik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali